Followers

Wednesday, January 26, 2011

tip-tip untuk memancungkan hidung macam saya.. ^_-

selamat malam kepada yang dah nak tidur tu dan selamat pagi kepada yang baru je bangun dari tidur..
sebenarnye, bis dah nak masuk tidur dah, tapi masa tengah dok basuh-basuh muka dan kaki, tiba-tiba terpancul idea yang bernas pasal 'tip-tip memancungkan hidung'..

wah..mancung ke hidung bis ni?? mancung la kot..ehehe.. ce korang tgk, mancung ke ??
.
.
.
.
.

mancung ke x? kalo x, bis pencung korang ..harharhar












ni dah mcm Pinocchio pon ade gak. :)

.
.
.
.
.
.
.
.


ok, balik pada tujuan asal nya td.. kali ni bis nak kongsikan dengan korang-korang semua macam mana nak mancungkan hidung korang tu. kiranya, bis ni baik hati la kan, kongsi kan rahsia kejelitaan bis selama ni dengan korang semua..? (kunun le jelita, nk muntah jap...wekk)

sangat-sangat mudah, ringkas, cepat dan murah. free of charge!
mula-mula, korang kne

bersih-bersih.. kalo buleh, pakai sabun dettol. terjamin sikit.. ehehehe..


pastu, korang semua kene keringkan tangan tu. pastikan suhu atau haba tangan tu pada suhu bilik, ok? kalo x suhu bilik pon xpe.. yang penting tangan tu idup...ehhheee.. ampun-ampun, makcik gurau je...

kendian, korang amik kedua-dua belah tangan korang tu, ketemukan kedua-dua belah tangan tu macam ni:

haa... macam seorang hamba memohon sembah pada rajanya..

pastu, korang urut-urut la hidung korang tu mengunakan tapak tangan tu. 
caranya macam ni, korang urut hidung tu bermula dari batang hidung ditarik pelahan-lahan sambil kedua-dua belah tapak tangan tu mengepit hidung korang. macam ne ek nak demokan.. haish..susah lah nak citekan kat dalam ni..pandai-pandai korang la ek menggunakan daya imaginasi korang tu..ehehe..pastikan korang tak kepit hidung tu kuat-kuat. kang x memasal merah lak hidung tu mengalahkan badut sarkas..silap-silap hari bulan,tertanggal lak hidung tu di buatnya.,.hahah. 

korang amal-amalkan selalu sebelum dan selepas bangun tidur. berapa lama korang nak buat, ikut suke hati lah. ADA AKU KISAH?? hehehe..kalo nak hasil yang memberangsangkan kene lah buat dari baby lg, tapi memandangkan korang semua dah besar panjang hidung pon dah keras, memang lambat la nak nampak kesan nya, (ye ye ah je aku ni, beri harapan palsu je)

lagi satu tip yg bis nak kongsikan dengan korang, ni kira rahsia peribadi bis lah. trick-trick yg biasa bis gunakan biar nampak macam mancung ialah :

1. gunakan teknik pembayangan. slalunya, kat bahagian batang hidung tu bis tepekkan tebal sikit dengan bedak foundation .. tak kisah lah ape jenis bedak yang korang guna, yang penting, kat batang hidung tu nampak cerah sikit dari tempat lain..tapi jangan melampau - lampau la pulak.. kang jadi lain lah plak..

2. kalo nak amik gambar, pastikan korang cari pencahayaan yang ok dan amik gambar mengiring. kalo korang perasan, gambar-gambar yang bis tepekkan kt sini semuanya mengiring sikit. haa... itu lah yg dinamakan magika. baru lah nampak macam mancung, kalo tak dah macam buah  jambu je dari depan..ehehe..

3. dan yang terakhir.. yang ni sangat-sangat lah penting. yang ni la akan menaikkan lagi kemancungan hidung korang tu. ape dia? haa..pastikan korang bergambar dengan orang-orang yang hidungnya xberapa nak mancung... apsal? nanti x ketara sangat lah hidung korang tu x mancung..eheheh.. betol x? betol x? ulang tayang, tengok balik gambar-gambar bis kat atas ni..eheh..









apa-apa pun, kita kenalah bersyukur dengan apa yang ada, dan yang telah dikurniakan olah tuhan. xpayah lah nak operate sana operate sini. kalo makin cantik tak pe, ni tak, makin 'santek' ade lah.. kalo muka tu mendatangkan ketakutan dan menganggu ketenteraman orang,memang harus lah di 'bedahkan' bg mencantikkan muka dan sejuk je mata memandang.. iye dak? 


ok lah, bis pon dah mula merepek merapu meraban.. lebih baik bis berhenti disini dulu.. sehingga kita berjumpa lagi... bubye~~ ♥♥♥







a.k.u.y.a.n.g.ta.k.s.e.m.p.u.r.n.a

5 comments:

Anonymous said...

boleh jadi ko?

CIK BIRU in da house! said...

ehehe..cuba try test dulu...
kalo jadi, mkne nye betul la tu..
kalo x, reda dan bsyukur saja la..hehehe

Anonymous said...

hidung anda x mncung pon...

stelios fakhri said...

hidung yg mancung terjadinya tulang hidung yg menunjul keluar dan panjang ke bawah..bukan suke2 leh buat mcm tu..sesetengah org di cipta tulang hidungnya tengelam sedikit..jd kat sini hidung yg mancung di bantu oelh tulang hidung yg menunjul...kalo nak ikut tips ni ade tulang yg menunjul boleh la..

muhammad aqil said...

Aq try dulu lh ��