Followers

Wednesday, July 27, 2011

tajuk post : macamana nak tahu lelaki suka pada kita??

hai!! selamat malam semua nya~ lovelovelove..

entri kali ni bis nak kupas, nak bincang dan nak jawab pertanyaan seorang kawan baik bis..eheh..alang-alang dia dah tanya, bis jawab kat sini je lah, boleh berkongsi dengan korang semua..hee... sebab kalau nak jawab dalam mesej memang panjang berjela..sampai lebam jawabnya.. harap kamoo tak marah ye..muah!!





macam mana kita nak tahu, kalau seseorang lelaki tu suka pada kita? hurmm.. pada bis, 'bahasa' lelaki ni susah sikit nak difahami. lain orang.. lain ragam nya.. dan pada pandangan bis, lelaki ada 2 jenis.. satu jenis yang diam dan satu lagi jenis yang 'open'.. harap2 korang faham la istilah ni yek!hehe..

ok, utk lelaki yang jenis diam ni.. biasanya, dia tak tunjuk secara jelas yang dia tu suka pada kita.. tapi naluri kita dapat rasa yang dia tu syok kat kita.. sebagai contoh, ada dua, tiga orang lelaki yg jenis macam ni pernah wujud dalam hidup bis.. cara diorang lebih kurang sama je.. dia layan kita macam kengkawan dia yang lain.. tapi pada kita ada sikit extra layanan..sebagai contoh, bila kita gaduh dengan dia.. dia akan cepat-cepat pujuk kita..and then, bila bergurau, diorang akan lebih bergurau senda dengan kita.. bila kita nak kemana-mana, mereka ni akan awal2 offer diri jadi bodyguard korang.. dan yg pastinya, diorang akan follow apa2 update pasal korang...kalau korang ada blog, dia akan jadi pembaca setia blog korang tu.. bila korang ada exam atau something else, dia lah yang akan jadi orang pertama yg beri sokongan/ wish kat korang.. then, bila korang berjumpa dengan diorang ni, pandangan mata mereka ni lain macam.. mengancam semacam je! ehehe.. boleh menusuk kolbu.. pandanagan mata diorang pada korang ni memang berbeza dengan pandangan mata diorang dengan kengkawan yang lain.. tetapi, kadang-kadang, korang akan rasa tak mungkin mamat tu suka kat korang sebab dia rajin dan selalu berSMS, kira 24 jam mesej je kerja dia.! don't worry sebab dia taknak orang lain tahu yang dia tu syok kat korang.. konon-konon nak jaga airmuka la..






ok,untuk mamat yang jenis 'open' pula.. selalunya, dia akan bergurau-gurau dengan kita.. sambil bergurau tu dia ada selit-selitkan sikit luahan perasaan dia tu kat kita.. contohnya,' kau ni tak payah lah nak kurus-kurus, kau gemok macam mana pun aku tetap suka kat kau..ehehehehe..'. tak pun,' minggu depan kau balik kampung kan? nanti kirim salam kat bapa mentua aku ye.. ;)'.. dan macam-macam lagi..actually, lawak2 macam ni bis selalu jugak buat kat lelaki yang bis minat tu..heheh..kantoi sudah..ngeee~ lagi satu...diorang akan propose/ melamar korang jadi awek diorang.. direct je.!


tapi yang penting, kalau lelaki tu betul-betul suka pada kita..dia akan buat apa saja untuk kebahagiaan kita.. dia takkan dan taknak tengok kita sedih.. walau apa pun halangan dan rintangan yang datang.. dia akan setia menunggu korang..tak kisah setahun, sehari, sebulan, atau pun bertahun-tahun lamanya.. macam tunang bis..heheh.. dan yang penting, macam mana keadaan korang sekali pon, sihat ke, sakit ke, cantik ke hodoh ke, muka korang ni lawa ke, tak lawa ke..diorang akan tetap menerima korang seadanya.. yang penting hati korang dia dah dapat tambat..!!! ;) even kalau korng sakit pun, diorang takkan tidur malam taw sebab risau dengan keadaan korang.. ;) dan jauh beribu batu mana pun, diorang akan tetap turun semata-mata nak jumpe korang..takpun, kalau nak tahu yang dia tu suka pada kita ke tak... kalau kawan rapat dia ada cakap pada kita yang dia tu suka pada kita, maknanya memang betul lah yang dia tu suka pada kita.. sebab benda-benda mcam ni diorang takkan senang-senang nak bagitau orang lain melainkan kawan rapat diorang je.. unless, korang dah confirm jadi girlfriend dia, then baru dia pukul canang satu donia...ehehehe..






hehe.. harap-harap apa yang bis kongsikan dengan korang ni cukup memberi jawapan kepada persoalan kawan bis tu..hee...dont worry, sang adam anda ada di luar sana.. gunakan mata hati untuk mencari mereka..dan biar masa yang menentukannya..

2 comments:

Eyra Gadis said...

satu pun takde pada semua lelaki yg hadir dlm hidup aku. HAHAHA. maksudnye tidak la kan BIS?

CIK BIRU in da house! said...

ada kot..cuma xnampak lg..eheh..lagipun, ni based on my experiances..hee