Followers

Friday, September 18, 2015

bye-bye semua..



*mood sedih*


sedih dan berat untuk bis menyatakan bahawa post ini adalah post yang terakhir dari bis. Atas sebab-sebab tertentu, bis atas tamatkan atau senang kata, akan abaikan blog ini terus-menerus.

segala salah dan silap harap dimaafkan. ku hulurkan sepuluh jari memohon kemaafan dan kekhilafan yang berlaku sengaja ataupun tidak.. T.T








cehh..poyos sungguh ayat diatas.. well, actually bis akan berpindah ke blog yang baru..yes! blog baru.. agains, atas -sebab-sebab tertentu bis akan putuskan blog ini dengan post yang terakhir ini dan bermula semula di blog yang baru ye.. harap uols semua sudi-sudilah blogwalking ye di blog yang baru tu.. :*
so, the new blog is sofiah punya cerita.. tapi sekarang ni, masih lagi dalam proses 'renovation'...haraf maaf dan haraf maklum... so guys, see you at the new place!! ;)


much love :*


Tuesday, July 7, 2015

lalalalaaa~

Assalamualaikum semua... :D


harini adalah ramadhan yang ke-21. terlalu cepat masa berjalan. rasa seperti baru semalam kita semua berpuasa.


pagi tadi, on the way ke ofis terserempak dengan si dia and im too excited..!! hehehe.. macam dah bertahun tak berjumpa plak, siap melambai bagai..hehehe... padahal baru je kelmarin berbuka bersama...


current mood: sambil fokus buat kerja, otak ligat bermain lagu tasha manshahar..'terima kasih cinta'... lalalalaa~

Monday, July 6, 2015

ucapan selamat pada semua.. :*

Assalamualaikum uolss...


saja menjengah ke sini untuk memberitahu pada korang semua yg bis masih bernyawa lagi..kihkihkih.. almaklum la..sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog ni...

but there are so many stories yang bis nak share dengan korang...tapi kita relax dulu.. ada masa dan ada ilham bis kongsikan ye... :)

ada sikit yg bis nak kongsikan dengan korang semua... setelah apa yg berlaku pada bis, segala upside down dalam hidup ni.. bis akan sentiasa pandang ke depan dan tak akan mengalah.. :) 
buku yang lama akan bis tutup dan padamkan.. sekarang dan mulai sekarang, bis akan mula mencatat dalam buku yang baru pula..

walau kita jatuh terduduk atau tersungkur macam mana pun, jangan pernah mengalah untuk bangkit. sakit macam mana pun, kita kena tahankan jua kerana perjalanan hidup ni tak pernah tamat kecuali mati...

bak kata pepatah,' hidup perlu diteruskan juga...'

untuk korang2 yang sedang mengalami 'alam kesusahan', ucapan selamat kepada korang. jangan risau sebab ujian ini adalah sementara waktu sahaja. Allah tak uji kita lebih dari yang kita mampu tanggung dan Dia uji kita untuk menjadikan kita semakin kuat dengan ujian dunia ni... sabar dan terus bersabar ye... ;)


terima kasih kerana sentiasa disisi..tika senang dan susah...:*


Saturday, February 14, 2015

al nuraa, yang 5 yang 6...


Lagu : Al Nuraa Yang 5 Yang 6
Artis : Mawi & Hazama ft. Daly Filsuf

jom hayati maksud lagu ni...bagi bis, ianya sangat mendalam..


Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan

Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari

Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan

Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini

Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan

Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

Allahummaj’al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuuraa
Wa fi lisani nuuraa
Waj’al fi nafsi nuuraa
Waj’al lii yau maliqo ika nuuraa

Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan
Hanya satu kebenaran




Friday, February 13, 2015

ekspresi warna..


Hi uols...


sedang bis fokus buat kerja, tiba-tiba bis terfikir pasal warna baju yang kita pakai. apakah benar warna baju yang kita pakai tu mempengaruhi keadaan emosi kita? dan warna baju yang kita pakai itu melambangkan keadaan seseorang tu..?

for example,katakanlah seseorang tu suka pakai pakaian bewarna gelap dalam seminggu dua atau sebulan dua..tak kisah lah..harini pakai warna hitam, esok pakai warna biru gelap..esok esok nye plak warna kelabu gelap pula....blh kata dalam seminggu tu mmg mendung jelah orang tengok dia.. berkemungkinan orang yg macam ni..sedang dilanda masalah, yang dia tak mahu/ tak mampu nak sharekan pada orang lain. atau mungkin dia dalam keadaan sedih..which is, mmg tengah down giler..

dan tak lama pastu...dia pakai warna-warna cerah dan terang.. macam warna pink, hijau torqiuse, biru laut, kuning...apa saja warna baju yang ceria2.. itu menandakan dia dalam keadaan ok, happy, ceria dan tenang.

well, ini observation secara general dan random sahaja..bukan betul2 sahih..jadi, jgn lah ambil serious perkara ni ye...relax..benda blh bincang.. ;p

jadi, alang2 dah tercerita pasal warna ni..bis share sikit apa yang bis jumpa dalam peti harta karun encik google.. :B

yang ni bis ceduk dr EH! dia kata Carta warna terbahagi kepada tiga kategori iaitu warna-warna sejuk, warna-warna panas dan warna-warna neutral. setiap warna ada kekuatan serta kelemahan dan maknanya. jadi ce usha jap..apa warna uols.. ;)

RONA SEJUK - himpunan rona ini punyai efek menenangkan. Jika digunakan secara solo, rona kumpulan ini tampak dingin dan tidak mesra tetapi apabila digabung bersama rona lain boleh menaikkan tahap keceriaannya.
BIRU
(+) ketenangan, sayang, setia, selamat, kepercayaan, kebijaksanaan
(-) dingin, takut
HIJAU
(+) duit, pertumbuhan, subur, segar, pemulihan
(-) dengki, cemburu, bersalah
UNGU
(+) bangsawan, mulia, spiritual, mewah, cita-cita
(-) misteri, moody
FIRUS
(+) spiritual, pemulihan, perlindungan, sofistikated
(-) iri hati, feminiti
PERAK
(+) glamor, berteknologi tinggi, gemalai, berkilat
(-) berkhayal, tak ikhlas

RONA PANAS – rona dalam kumpulan ini mempunyai tahap keterujaan yang tinggi. Tetapi jika digunakan solo boleh menggalakkan emosi seperti amarah dan keganasan. Apabila memilih rona panas ini, cuba gabungkan bersama warna dari kumpulan lain untuk seimbangkannya.
MERAH
(+) cinta, tenaga, kuasa, kekuatan, ghairah, hangat
(-) amarah, bahaya, amaran
MERAH JAMBU
(+) sihat, gembira, feminin, belas kasihan, manis, gurau senda
(-) lemah, kebudak-budakan
KUNING
(+) terang, tenaga, cahaya, kreativiti, intelek, gembira
(-) tak boleh diharap, tidak stabil
JINGGA
(+) keberanian, keyakinan, mesra, sukses
(-) kejahilan, muram
EMAS
(+) kekayaan, maju, berharga, tradisional
(-) tamak, mengelamun

RONA NEUTRAL – kumpulan rona ini adalah gabungan rona sejuk dan panas. Ia bagus sebagai rona latar yang membangkitkan warna terang lain. Kesemua rona dalam palet neutral ini serasi dengan kombinasi mana-mana kumpulan warna menjadikannya ia kunci kepada  gabungan.
PERANG/COKLAT
(+) mesra, alam semulajadi, panjang umur
(-) konservatif, suruhan
BEIGE
(+) boleh diharap, fleksibel, rangup
(-) bosan, lembab, konservatif
KELABU
(+) keselamatan, boleh diharap, bijak, padat
(-) suram, sedih, konservatif
HITAM
(+) perlindungan, dramatik, kelas, formaliti
(-) maut, kejahatan, misteri
PUTIH
(+) kebaikan, kesucian, asli, segar, mudah, bersih
(-) musim dingin, sejuk, renggang


warna juga boleh jadi terapi kepada kita.. mcam yang bis jumpa di Anwar Shah's First CP & Paracysis Clinic & Research Centre ..apa dia? lets check it out!



ok...mula2 jom usha dulu warna kegemaran uols..apakah warna yang bertahta dihati uols??







moh kita usha pula, apa yang boleh dilakukan oleh warna kegemaran kita tu... :)






amazing kan? tak de yang lebih menakjubkan melainkan kekuasaan Allah.. SubhanaALLAH..