Followers

Saturday, January 31, 2015

reunion SMKL 2002-2006


Assalamualaikum uols..

lama gile bis tak update blog ni.. almaklum la, sibuk mengalahkan setiausaha perdana menteri. hehehe.. *peace yow!

so last weekend, bis ada join reunion sekolah bis iaitu, Sek. Men. Keb, Ledang (SMKL) batch 2002-2006. reunion ni diadakan selama 2 hari 1 malam di Rizalan Chelat, Linggi, Melaka. memang best, seronok, happening, havoc, ceria, gembira dan seangkatannya lah.. hehehe.. banyak lah kenangan dan cerita yang kami kongsikan bersama..walaupun ramai yang tak join, but still happening.. 

bila dikenangkan semula memori di zaman sekolah, memang rasa kelakar dan malu pada diri sendiri pun ada..:) mana taknya, zaman awal remaja kan,? fikiran masing-masing tak berapa matang lagi.. tapi serius rasa kelakar bila di imbas kembali.. masing-masing pon dah cantik, hensem dan bekerjaya..

ok, back to the story... sepatutnya hari pertama tu kami ada sukanneka..tapi bila masing2 dah penat...ditambahkan pula dengan panggilan laut yang meminta semuanya supaya mandi.. memang bertebaran la semua orang bermandi-manda... :)

malamnya, selepas solat magrib.. ada jamuan sikit.. ada BBQ, ada acara potong kek yang kununnya simbolik untuk reunion kami ni.. lepas tu ada acara kotak beracun dan tukar hadiah.. tapi yang paling best adalah acara tukar hadiah sebab before kami bertukar hadiah, kami kena mention atau cerita sikit siapa orang yang bertuah yang akan bertukar hadiah dengan kita.. so the rest kena tekalah siapa orang tu.. best best best...

selepas tu, ada yang buat acara kuak lentang atas tilam.. penat lah katakan... :) tapi ada juga yang jadi pengawal pantai.. berjalan dari hujung pantai ke hujung pantai.. sambil menikmati pemandangan malam di tepi laut ditemani dengan unggun api... :) sesi luahan perasaan pon ada..auww ;p

keesokkan harinya, ada sedikit acara sukaneka.. ada acara kepit belon sambil bawa getah gunakan straw, isi air dalam botol sambil jalan terbalik, baling betol berisi air dan acara tarik tali antara kumpulan..yang tak adilnya, kumpulan bis ni majoriti adalah peerempuan..aja gila nak lawan tarik tali dengan lelaki...memang confirm kalah lah..heheh..

selepas check-out, kami berkonvoi ke melaka pula..menonton wayang secara berjemaah..tengok pula cerita villa nabila..memang syiokk.!! nak terkeluar anak tekak ni terjerit-jerit kat dalam tu.. 


well, let the pictures tell the story... ;)
















bis bersama dengan orang kuat reunion ni, zara






walaupun sekejap, tapi memori antara kawan2 di reunion ni memang tak akan dilupakan. hopefully, semoga reunion yang akan datang, akan lebih ramai lagi yang akan join.. 

'bukan wang ringgit yang diinginkan, cuma sedikit masa untuk dikongsikan bersama...'





2 comments:

Kurt Ateh said...

Sofia..ingat aku lg x?ex skmt melaka..

CIK BIRU said...

@kurt Ateh..nak cuba ingat..tapi sapa ye nama sebenar?