Followers

Saturday, February 14, 2015

al nuraa, yang 5 yang 6...


Lagu : Al Nuraa Yang 5 Yang 6
Artis : Mawi & Hazama ft. Daly Filsuf

jom hayati maksud lagu ni...bagi bis, ianya sangat mendalam..


Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan

Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari

Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan

Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini

Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan

Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

Allahummaj’al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuuraa
Wa fi lisani nuuraa
Waj’al fi nafsi nuuraa
Waj’al lii yau maliqo ika nuuraa

Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan
Hanya satu kebenaran




Friday, February 13, 2015

ekspresi warna..


Hi uols...


sedang bis fokus buat kerja, tiba-tiba bis terfikir pasal warna baju yang kita pakai. apakah benar warna baju yang kita pakai tu mempengaruhi keadaan emosi kita? dan warna baju yang kita pakai itu melambangkan keadaan seseorang tu..?

for example,katakanlah seseorang tu suka pakai pakaian bewarna gelap dalam seminggu dua atau sebulan dua..tak kisah lah..harini pakai warna hitam, esok pakai warna biru gelap..esok esok nye plak warna kelabu gelap pula....blh kata dalam seminggu tu mmg mendung jelah orang tengok dia.. berkemungkinan orang yg macam ni..sedang dilanda masalah, yang dia tak mahu/ tak mampu nak sharekan pada orang lain. atau mungkin dia dalam keadaan sedih..which is, mmg tengah down giler..

dan tak lama pastu...dia pakai warna-warna cerah dan terang.. macam warna pink, hijau torqiuse, biru laut, kuning...apa saja warna baju yang ceria2.. itu menandakan dia dalam keadaan ok, happy, ceria dan tenang.

well, ini observation secara general dan random sahaja..bukan betul2 sahih..jadi, jgn lah ambil serious perkara ni ye...relax..benda blh bincang.. ;p

jadi, alang2 dah tercerita pasal warna ni..bis share sikit apa yang bis jumpa dalam peti harta karun encik google.. :B

yang ni bis ceduk dr EH! dia kata Carta warna terbahagi kepada tiga kategori iaitu warna-warna sejuk, warna-warna panas dan warna-warna neutral. setiap warna ada kekuatan serta kelemahan dan maknanya. jadi ce usha jap..apa warna uols.. ;)

RONA SEJUK - himpunan rona ini punyai efek menenangkan. Jika digunakan secara solo, rona kumpulan ini tampak dingin dan tidak mesra tetapi apabila digabung bersama rona lain boleh menaikkan tahap keceriaannya.
BIRU
(+) ketenangan, sayang, setia, selamat, kepercayaan, kebijaksanaan
(-) dingin, takut
HIJAU
(+) duit, pertumbuhan, subur, segar, pemulihan
(-) dengki, cemburu, bersalah
UNGU
(+) bangsawan, mulia, spiritual, mewah, cita-cita
(-) misteri, moody
FIRUS
(+) spiritual, pemulihan, perlindungan, sofistikated
(-) iri hati, feminiti
PERAK
(+) glamor, berteknologi tinggi, gemalai, berkilat
(-) berkhayal, tak ikhlas

RONA PANAS – rona dalam kumpulan ini mempunyai tahap keterujaan yang tinggi. Tetapi jika digunakan solo boleh menggalakkan emosi seperti amarah dan keganasan. Apabila memilih rona panas ini, cuba gabungkan bersama warna dari kumpulan lain untuk seimbangkannya.
MERAH
(+) cinta, tenaga, kuasa, kekuatan, ghairah, hangat
(-) amarah, bahaya, amaran
MERAH JAMBU
(+) sihat, gembira, feminin, belas kasihan, manis, gurau senda
(-) lemah, kebudak-budakan
KUNING
(+) terang, tenaga, cahaya, kreativiti, intelek, gembira
(-) tak boleh diharap, tidak stabil
JINGGA
(+) keberanian, keyakinan, mesra, sukses
(-) kejahilan, muram
EMAS
(+) kekayaan, maju, berharga, tradisional
(-) tamak, mengelamun

RONA NEUTRAL – kumpulan rona ini adalah gabungan rona sejuk dan panas. Ia bagus sebagai rona latar yang membangkitkan warna terang lain. Kesemua rona dalam palet neutral ini serasi dengan kombinasi mana-mana kumpulan warna menjadikannya ia kunci kepada  gabungan.
PERANG/COKLAT
(+) mesra, alam semulajadi, panjang umur
(-) konservatif, suruhan
BEIGE
(+) boleh diharap, fleksibel, rangup
(-) bosan, lembab, konservatif
KELABU
(+) keselamatan, boleh diharap, bijak, padat
(-) suram, sedih, konservatif
HITAM
(+) perlindungan, dramatik, kelas, formaliti
(-) maut, kejahatan, misteri
PUTIH
(+) kebaikan, kesucian, asli, segar, mudah, bersih
(-) musim dingin, sejuk, renggang


warna juga boleh jadi terapi kepada kita.. mcam yang bis jumpa di Anwar Shah's First CP & Paracysis Clinic & Research Centre ..apa dia? lets check it out!



ok...mula2 jom usha dulu warna kegemaran uols..apakah warna yang bertahta dihati uols??







moh kita usha pula, apa yang boleh dilakukan oleh warna kegemaran kita tu... :)






amazing kan? tak de yang lebih menakjubkan melainkan kekuasaan Allah.. SubhanaALLAH..



Thursday, February 12, 2015

randomly..

hati...


hati harus kuat.
untuk meneruskan kehidupan, dengan tenang.

walau kenangan lama datang menjenggah.
tapi hati perlu kebal dan tebal.

sakit terasa sakit.
tapi sampai kapan harus diikutkan.

redhakan semua kesakitan lama.
relakan kedatangan pengalaman baru.

kulit sedih ditinggal tepi.
kulit tenang dipakai rapi.

selamat tinggal masa lalu.
selamat datang masa depan.



luahan: biru itu saya (smy)



Tahniah kawan/kakak/mangsa buli..

salam uolss....

pada hari sabtu lepas (8/2/2015), bis telah menghadiri majlis perkahwinan kawan bis time belajar dulu di Kampung Sg. Kertas, Batu Caves. last year, wedding kakak dia..this year, wedding dia plak plus dapat tengok ahli baru keluarga dia (anak kakak dia) yang baru je 14 hari dilahirkan..

boleh dikatakan 3 kali pergi rumah dia, 3 kali juga lah sesat.. salah masuk jalan kt batu caves tu..patut nya bis masuk ke Sri Gombak, tapi asyik terlepas ke Batu CAves... adehhh... hopefully, next time tak salah masuk jalan lagi la...hehe

ni, bis nak cerita sikit pasal si darah manis kita ni..dulu time belajar bis tak lah begitu rapat dengan dia..just tegur2 macam tu je.. tegur2 kawan.. kami mula rapat masa time praktikal kat PNB dulu.. lepas habis praktikal, ada masa dalam sebulan untuk siapkn tesis.. jadi dia berkampunglah di rumah bis dalam tempoh tu.. walaupun dia ni kalau nak ikutkan dah pangkat kakak bis..tapi bis suka buli dia..hehe..bukan buli kasau2 ye.. macam adik membuli kakak je..:B motif buli, sebab nak tengok dia marah..hehe tapi dia ni penyabar gile!senggih je manjang...

dia pun dah macam ahli keluarga bis jugak.. famli kami saling kenal mengenali.. chewahhh.. dah macam calon menantu plak..hehe.. time wedding dia haritu, ramai jugak ahli keluarga bis yang hadir termasuklah mak2 sedara dan bapa2 sedara.. :)

so, tahniah di ucapkan kepada Siti Shuhanis (ANis) dan pasangan Mohd Rafizan.. semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa.. banyak kan sabar dan tabah menempuhi alam rumahtangga ye.. semoga Anis sentiasa menjadi isteri yang solehah kepada pasangan ye..




so, disini ada gambar sekeping dua bis sertakan untuk tatapan uols sekalian..#lotsoflove












bis tumpang gembira dan pada masa yang sama, ada juga rasa sebak sebab Anis dah melangkah kaki ke alam perkahwinan...apa-apa pun..tahniah sekali lagi Siti Shuhanis dan Rafizan..


hopefully, next year dapat datang lagi ke sana..but that time melawat ahli baru pulak..hehehe




Tuesday, February 3, 2015

1st hiking - Gunung Ledang


assalamualaikum semuaaa... :)


so, this time bis nak cerita sikit pengalaman bis pergi mendaki gunung untuk pertama kalinya. waa.... first time tau uols, without any preparation lg tau..main redah... ceritanya cenggini, ada sorang kawan bis ni, dia mmg kaki hiking la..so dia ada update kt intagram dia yang next target ialah gunung ledang pula.. waa.. bis apa lagi...excited la nak join...sebab gunung tu setakat belakang rumah bis je.. :B


bis yang orang Tangkak pun mau setahun sekali je jejak kaki ke gunung Ledang tu.. so, nak jugak la merasa suasana dan pemandangan di atas gunung tu.. FYI, gunung Ledang ni berada di SAgil, Tangkak, Johor. generally, kalau dari rumah bis perjalanan ke sana tak sampai 20 minit pon..


lagi 1 sebab kenapa bis berkobar-kobar nak join geng hiking ni adalah kerana bis berasa seronok dapat hiking di Broga. so, al-maklum la..bis ni umpama ayam yang baru menetas..tak tahu ape2.. bis ingatkan panjat Gunung Ledang tu sama je dengan Broga..skali...... menggengkang jugak la sampai ke puncak tu..hahaha! patut la diorang dah warning awal2..' sofia cukup stamina x nak naik ke atas? kalau tak, baik jangan..'



owh ya..sebelum terlupa... bis join hiking ni dah lama dah...last year.. 29 November 2014.. first time meet the members and first time hiking gunung ni.. knowledge memang zero... muka blur gila masa nak naik tu..dengan x stretching... serius beb..wa tak tipu beb.. 



so, let the pictures tell the stories.. ;)



yeay!! we are almost there..! ;D




lets wefie dulu sebelum naik.. ;)




penyeri tiang??? 




at the first check point - bukit semput, memang semput pun nak sampai 





mak jemah dan bis.. 






bis dan abg man, kawan yang menterjebakkan bis join hiking.. :D






check point 3- batu orkid.. serius kaki rasa dah bersepah untuk
sampai ke sini... :p







rehat sebentar di simpang ape ntah... walaupun penat, ku senyumkan jua...






 
we again.. hampir sampai ke kem senget...





ok dah sampai bis nye last check point.. sebab tak mampu dah nak ke puncak..






kami dan guider yg penyabar melayan kami dari bawah ke atas dan ke bawah gunung.
banyak yang dikongsikan oleh guider ni.. dah macam rombongan sambil belajar pula..






this moment, will never forget... :)





kesimpulannya, dari apa2 situasi pun..kita kena belajar dari kesilapan.. 


akan datang, bis akan buat preparation yang secukupnya untuk  join hiking ni... rasa nak repeat hiking Gunung Ledang pula sebab last hiking tak sampai ke puncak pun.. :(