Followers

Friday, February 13, 2015

ekspresi warna..


Hi uols...


sedang bis fokus buat kerja, tiba-tiba bis terfikir pasal warna baju yang kita pakai. apakah benar warna baju yang kita pakai tu mempengaruhi keadaan emosi kita? dan warna baju yang kita pakai itu melambangkan keadaan seseorang tu..?

for example,katakanlah seseorang tu suka pakai pakaian bewarna gelap dalam seminggu dua atau sebulan dua..tak kisah lah..harini pakai warna hitam, esok pakai warna biru gelap..esok esok nye plak warna kelabu gelap pula....blh kata dalam seminggu tu mmg mendung jelah orang tengok dia.. berkemungkinan orang yg macam ni..sedang dilanda masalah, yang dia tak mahu/ tak mampu nak sharekan pada orang lain. atau mungkin dia dalam keadaan sedih..which is, mmg tengah down giler..

dan tak lama pastu...dia pakai warna-warna cerah dan terang.. macam warna pink, hijau torqiuse, biru laut, kuning...apa saja warna baju yang ceria2.. itu menandakan dia dalam keadaan ok, happy, ceria dan tenang.

well, ini observation secara general dan random sahaja..bukan betul2 sahih..jadi, jgn lah ambil serious perkara ni ye...relax..benda blh bincang.. ;p

jadi, alang2 dah tercerita pasal warna ni..bis share sikit apa yang bis jumpa dalam peti harta karun encik google.. :B

yang ni bis ceduk dr EH! dia kata Carta warna terbahagi kepada tiga kategori iaitu warna-warna sejuk, warna-warna panas dan warna-warna neutral. setiap warna ada kekuatan serta kelemahan dan maknanya. jadi ce usha jap..apa warna uols.. ;)

RONA SEJUK - himpunan rona ini punyai efek menenangkan. Jika digunakan secara solo, rona kumpulan ini tampak dingin dan tidak mesra tetapi apabila digabung bersama rona lain boleh menaikkan tahap keceriaannya.
BIRU
(+) ketenangan, sayang, setia, selamat, kepercayaan, kebijaksanaan
(-) dingin, takut
HIJAU
(+) duit, pertumbuhan, subur, segar, pemulihan
(-) dengki, cemburu, bersalah
UNGU
(+) bangsawan, mulia, spiritual, mewah, cita-cita
(-) misteri, moody
FIRUS
(+) spiritual, pemulihan, perlindungan, sofistikated
(-) iri hati, feminiti
PERAK
(+) glamor, berteknologi tinggi, gemalai, berkilat
(-) berkhayal, tak ikhlas

RONA PANAS – rona dalam kumpulan ini mempunyai tahap keterujaan yang tinggi. Tetapi jika digunakan solo boleh menggalakkan emosi seperti amarah dan keganasan. Apabila memilih rona panas ini, cuba gabungkan bersama warna dari kumpulan lain untuk seimbangkannya.
MERAH
(+) cinta, tenaga, kuasa, kekuatan, ghairah, hangat
(-) amarah, bahaya, amaran
MERAH JAMBU
(+) sihat, gembira, feminin, belas kasihan, manis, gurau senda
(-) lemah, kebudak-budakan
KUNING
(+) terang, tenaga, cahaya, kreativiti, intelek, gembira
(-) tak boleh diharap, tidak stabil
JINGGA
(+) keberanian, keyakinan, mesra, sukses
(-) kejahilan, muram
EMAS
(+) kekayaan, maju, berharga, tradisional
(-) tamak, mengelamun

RONA NEUTRAL – kumpulan rona ini adalah gabungan rona sejuk dan panas. Ia bagus sebagai rona latar yang membangkitkan warna terang lain. Kesemua rona dalam palet neutral ini serasi dengan kombinasi mana-mana kumpulan warna menjadikannya ia kunci kepada  gabungan.
PERANG/COKLAT
(+) mesra, alam semulajadi, panjang umur
(-) konservatif, suruhan
BEIGE
(+) boleh diharap, fleksibel, rangup
(-) bosan, lembab, konservatif
KELABU
(+) keselamatan, boleh diharap, bijak, padat
(-) suram, sedih, konservatif
HITAM
(+) perlindungan, dramatik, kelas, formaliti
(-) maut, kejahatan, misteri
PUTIH
(+) kebaikan, kesucian, asli, segar, mudah, bersih
(-) musim dingin, sejuk, renggang


warna juga boleh jadi terapi kepada kita.. mcam yang bis jumpa di Anwar Shah's First CP & Paracysis Clinic & Research Centre ..apa dia? lets check it out!



ok...mula2 jom usha dulu warna kegemaran uols..apakah warna yang bertahta dihati uols??







moh kita usha pula, apa yang boleh dilakukan oleh warna kegemaran kita tu... :)






amazing kan? tak de yang lebih menakjubkan melainkan kekuasaan Allah.. SubhanaALLAH..



No comments: